SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI.

Semoga kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan demi kebaikan bersama.

Rabu, 5 Oktober 2011

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan.

Selalu kita dengar kata-kata semangat " Usaha Tangga Kejayaan", " Masa itu Emas" dan sebagainya.
Saya pula lebih suka berpegang kepada " Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan". Pada saya, kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia menuntut pengorbanan yang besar. Dalam menuntut ilmu, kita haruslah sanggup berkorban wang ringgit untuk membeli pelbagai buku rujukan. Kita juga harus rela berkorban masa dan tenaga untuk menelaah pelajaran hinggakan terpaksa juga mengorbankan masa untuk menonton televisyen, masa tidur, masa bermain dan macam-macam lagi. Jangan salah ertikan maksud pengorbanan ini. Janganlah sehingga sanggup mengorbankan masa depan dan maruah diri, keluarga mahupun orang lain sebagai jalan pintas untuk mencapai kejayaan.